ADIKKU SAYANG

Khusus buat adik2 tersayang,

ADIKKU SAYANG

Adikku,
Genggamlah segunung semangat di tanganmu
Peluklah selaut ketabahan sepenuh hatimu
Jangan kau gusar apa juga arus yang melanda
Teruskan melangkah berani menongkah rintangan
Yang tidak akan sunyi mengganggu hidupmu
Kerana badai inilah yang mematangkan dirimu
Rintagan inilah yang menguatkanmu
Arus ini lah yang mendidikmu
Demi menjadi insan dewasa

Adikku
Nyalakanlah api kecekalanmu sentiap masa
Marakkanlah ia dengan usaha seluruh nyawa
Hangatkanlah ia dengan doa dan tawakkal kepada Pencipta
Usah kau gusar
Usar kau bimbang
Usah kau lemah
Kerana daripada dan kepadaNYA segala-mala
Pasti denganNYA kau bertemu salju ketenangan

Adikku sayang
Gagahkan langkahmu
Eratkan genggaman semangatmu
Teguhkan benteng doamu
Bersenjatakan pasrah akan ketentuaNYA
Kau pasti berjaya
Meniti hari muka
Sebagai insan dewasa

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Kakanda tercinta,

~ oleh ehenmaru di/pada Maret 28, 2007.

Tinggalkan Balasan